Perkataan aurat dalam bahasa melayu memberi makna ‘terbuka’ atau ‘kosong’. Dalam bahasa Inggeris, aurat diberi makna ‘nakedness, a place laying naked and exposed to the enemy’.
Aurat ialah perkataan yang diambil daripada bahasa Arab arwah, bermakna keaiban. Dalam istilah fiqh, arwah maknanya bahagian tubuh yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.(Dipetik dari Wan Muhammad Ali, al-Hijab, m/s 1).
Aurat dalam istilah agama Islam memberi pengertian sebagai bahagian badan yang wajib ditutupi yang ukuran minimumnya bagi kaum lelaki menutupi pusat hingga lutut. Dan bagi perempuan menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Pendap[at ini adalah daripada firman Allah dalan surah An-Nur : 31 yang bermaksud :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, anak-anak lelaki suami mereka, atau anak-anak lelaki saudara mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap wanita) atau anak-anak yang tidak mengetahui tentang aurat wanita. Dan jangan mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Jika mengikut makna Al-Quran, maka aurat itu memberikan tiga pengertian. Aurat dalam pengertian mendedahkan anggota tubuh wanita yang boleh membangkit ghairah nafsu lelaki. Aurat dalam pengertian pendedahan keaiban dan aurat dalan pengertian tidak selamat dan membawa kepada pencerobohan dan kejahatan.
Daripad ayat Al-Quran berkenaan dengan menjaga aurat, ianya dihubungkaitkan dengan iman. Seruan Al- Quran supaya menjaga aurat dituju kepada yang beriman. Ertinya suruhan dan perintah Allah supaya menutup aurat, setelah adanya sikap positif kerohanian dalam diri orang yang diseru itu iaitu orang yang beriman.
Dalam Islam setiap suruhan Allah melalui Al-Quran ada memiliki illatnya. Illat bermaksud suatu sifat atau keadaan yang terdapat pada suatu peristiwa pokok yang menjadi dasar hukum. Dari segi menjaga aurat Al-Quran memperjelaskan illat kenapa diperintahkan kaum wanita berpakaian yang memenuhi ciri kemuliaan dan kesopanan tinggi. Ia disebut dan surah Al-Ahzab ayat 59.
>>putra pon bukan baik sangat..
cuma putra nak ingat2 kan pada yang terlupa.....
sekian.. assalamualaikum.......
No comments:
Post a Comment